Oriental Curry PowderJualan Oriental Curry Powder, produk eksklusif untuk jualan eksport, bermula pada tahun 2014. Produk ini disediakan dengan memanfaatkan sepenuhnya kaedah pengeluaran secara teliti bagi “Red Can”, yang merupakan serbuk kari paling terkenal di Jepun dan telah menjadi kebiasaan orang Jepun sejak tahun 1950. Ia disediakan dengan rempah dan herba yang digaul rata untuk memberikan aroma terbaik.Golden CurryJenama Golden tersebut amat dikenali di Jepun sejak dilancarkan pada tahun 1966. Dengan ciri-ciri aromatik dan penuh rasa yang kekal tidak berubah, ia terus berkembang sehingga ke hari ini.Untuk membolehkan semua orang di serata dunia menikmati aroma Golden Curry dengan mudah, S&B memperkenalkan tiga item untuk tujuan eksport sahaja: bongkah, serbuk kasar dan kuah sedia dimakan. Dengan proses pengeluaran yang unik yang menggabungkan pelbagai jenis rempah dan herba, Golden Curry menyerikan lagi rasa bagi bahan-bahan yang dimasak dengannya.Dinner CurryIa merupakan “Kari Eropah Terbaik S&B” yang pertama, dikeluarkan pada tahun 1973. Campuran istimewa bagi rempah yang unik menambahkan lagi rasa kari tersebut.Dinner Curry Flakes yang dikeluarkan hanya untuk dieksport, dihasilkan dengan campuran bahan-bahan yang unik. Ia menggunakan hanya bawang yang dipilih secara teliti (rasa yang penting untuk kuah masakan orang Barat) yang memberikan keseimbangan sempurna bagi rasa manis dan masam. Bawang tersebut dibakar sehingga menjadi kuning keemasan, membuatkan rasanya yang mewah dan manis disalurkan ke dalam serbuk kari kasar tersebut.Tasty CurryTasty Curry menggunakan stok sayur-sayuran yang dihasilkan dengan merebus sayur-sayuran secara teliti bagi menyerlahkan lagi rasanya. Kari tersebut yang dikeluarkan bagi tujuan eksport sahaja, dihasilkan melalui gabungan sayur-sayuran yang enak dan sesuai dipadankan dengan mana-mana bahan tambahan.Curry Sauce with Vegetables di dalam pek sedia dimakan (mengandungi sayur-sayuran)Hanya panaskan untuk menikmati kelazatan kari Jepun yang dipek dengan sayur-sayuran. Kari tersebut mempunyai rasa yang ringan disediakan dengan rempah yang digaul rata, tanpa bahan berasaskan haiwan atau tambahan MSG.Curry SauceKari ini diperbuat daripada rempah dan herba berserta bawang tumis, di mana gabungan kesemuanya menghasilkan aroma yang hebat. Pek mudah kuah sedia dimakan boleh dipanaskan untuk hidangan pantas. Tiada bahan berasaskan haiwan atau MSG digunakan dan tiada pepejal di dalamnya, menjadikan kuah kari tersebut bersifat serba jadi, sesuai untuk mana-mana jenis resipi.Serbuk kariGabungan rempah yang hanya mengandungi rempah dan herba. Serba jadi - boleh digunakan untuk menambah perisa atau warna ke dalam sesuatu hidangan.Kelebihan serbuk kari kasarTidak perlu dipotong dan mudah sebati. Sukatan bolah dibuat dengan menggunakan cawan penyukat.Kelebihan bongkah kariDihasilkan dalam bentuk blok bagi memudahkan kawalan kuantiti, tanpa perlu membuat sukatan.Bongkah dan serbuk kari sebati dengan mudah pada suhu 60°C ke 70°C.Tutup api terlebih dahulu, kemudian tambah produk ke dalam periuk masakan. Bongkah kariGabungan serbuk kari, tepung gandum, minyak dan lemak.Serbuk kari kasarBongkah kari yang dicincang halus. Sesuai untuk masakan dalam kuantiti yang besar.Kuah sedia dimakan (mengandungi potongan sayur-sayuran)Kari yang siap diproses melalui pemanasan dan pensterilan.Rasanya konsisten dan sedia untuk dihidang hanya dengan dipanaskan.Pelbagai bentuk S&B CurryCiri-ciri Jenama S&B CurryKuah sedia dimakan (tiada potongan sayur-sayuran)Kari yang siap diproses melalui pemanasan dan pensterilan. Rasanya konsisten dan sedia untuk dihidang hanya dengan dipanaskan. Cadangan sajian sebagai kuah bagi hidangan seperti Katsu Curry(kari dengan cutlet).4
元のページ ../index.html#5