All about JAPANESE CURRY
3/24

Cara S&B Foods menyemarakkan “Bahang Nasi Kari”-daripada sajian asing kepada makanan jiwa JepunKari pada asalnya merupakan sajian barat yang dibawa ke Jepun dari Eropah sekitar tahun 1870. Minejiro Yamazaki, pengasas S&B Foods, menjadi peminat setia bagi sajian yang lazat itu. Dengan keinginan untuk memperkenalkan kari kepada lebih ramai rakyat Jepun, beliau akhirnya berjaya membangunkan serbuk kari dalam negara yang pertama di Jepun pada tahun 1923 selepas banyak kali percubaan dan kegagalan.Kari pada mulanya hanya disajikan di restoran-restoran barat di bandar-bandar, namun S&B Foods mula menjual “Hidori Brand Curry Powder”(Serbuk Kari Berjenama Hidori): pada tahun 1930, dengan keinginan untuk menghasilkan kari berkualiti tinggi yang boleh didapati oleh orang ramai di rumah mereka. Ia menyumbang kepada penggunaan serbuk kari yang meluas dalam kalangan isi rumah.Tahun 1954 menyaksikan pelancaran kari segera pejal sepenuhnya S&B yang pertama iaitu “S&B Curry”. Pada tahun 1966, syarikat tersebut melancarkan “Golden Curry”, kari yang lengkap dan kaya dengan rasa sebagai asas bagi serbuk kari eksklusif syarikat tersebut. Nasi kari kini mudah untuk dihasilkan dan dinikmati di rumah. “Golden Curry” merupakan produk yang telah lama terjual dan masih kekal terkenal hingga ke hari ini, walaupun setelah 50 tahun sejak ia dilancarkan.Dari Jepun ke seluruh dunia"Golden Curry, produk utama bagi S&B Foods, kini dieksport ke lebih 50 negara di serata dunia, dengan tujuan untuk membawakan keenakan “kari Jepun” kepada seramai mungkin pelanggan.Kami menghasilkan risalah ini dengan harapan agar anda memahami lebih lagi mengenai “Kari Jepun” dan melihat betapa mudahnya untuk menghasilkan sajian yang lazat ini dengan menggunakan produk S&B.2

元のページ  ../index.html#3

このブックを見る