All about JAPANESE CURRY
22/24

ASecara umumnya, kari yang dibekukan untuk penyimpanan boleh menyebabkan rasanya sedikit berubah. Apabila lebihan kari atau kari yang telah siap dimasak dibekukan untuk penyimpanan, sedikit masa akan diambil sebelum ianya menjadi beku sepenuhnya. Semasa proses tersebut, air di dalam kari berubah menjadi hablur ais, yang memusnahkan kanji di dalam kuah kari. Ia boleh menyebabkan kuah menjadi cair dan mengurangkan rasanya. Dengan membenarkan kari terdedah kepada udara luar dalam penyimpanan, “kebakaran pembekuan” (freezer burn) mungkin berlaku, yang boleh merosakkan minyaknya.Apa yang terjadi jika kari yang telah dimasak atau lebihan dibekukan untuk penyimpanan?QAKadang kala permukaan bongkah kari kelihatan seperti berwarna kuning kehijauan apabila bungkusan dibuka. Ia merupakan satu fenomena yang digelar sebagai ledakan (blooming atau bloom) dan ianya berlaku apabila pigmen ketumbar cair ke dalam bongkah kari dan muncul di permukaan dan kemudiannya mengeras, menjadikan warnanya kuning kehijauan. Ramai yang salah anggap bahawa ia adalah kulat, namun sebenarnya tiada apa yang perlu dirisaukan.Ledakan boleh dihalang dengan menyimpan bongkah kari di tempat yang tidak terdedah secara langsung kepada sinaran matahari dan mengelak daripada suhu yang panas.Permukaan bongkah kari berwarna hijau. Adakah ia masih elok?QAMengapa kari yang disimpan semalaman selalunya lebih sedap?QCurryQA&Menyimpan kari semalaman membolehkan rasa menyerap masuk ke dalam bahan-bahan, dengan aroma dan rasa pelbagai bahan dan rempah yang bergaul sebati. Dengan membiarkan kari yang telah dimasak selama semalaman dan memanaskannya kembali akan mengeluarkan asid amino dan nukleik di dalam daging dan gula di dalam lobak merah yang menambah kekuatan rasa kari, sekaligus menyerlahkan lagi rasa kuahnya. Ubi kentang hancur dan cair di dalam kuah dan menyerap rasa masam dan masin untuk menjadikan rasa kuah lebih ringan. (Jika ubi kentang menjadi terlalu hancur, kuah akan memiliki tekstur yang lebih kasar.) Membiarkan kari yang telah dimasak di dalam keadaan suhu yang tinggi, seperti sewaktu musim panas, organisme mikro bercambah dan boleh menyebabkan kari menjadi basi. Sila pastikan anda menyimpan kari yang telah dimasak di dalam peti sejuk dalam kuantiti yang kecil.21

元のページ  ../index.html#22

このブックを見る